Pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dengan Kahoot!
Era ini, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin berkembang
pesat. Pelbagai alatan teknologi dan komunikasi dihasilkan bagi memenuhi
keperluan semasa. Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditakrifkan sebagai
pelbagai bentuk alatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus,
memanipulasi, menyimpan, memindah dan menyebarkan maklumat melalui media
eletronik. Justeru, penggunaan web dalam pendidikan di seluruh dunia semakin
berkembang dengan kepelbagaian aplikasi web yang disediakan untuk membantu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi kursusnya aplikasi web dalam pendidikan juga
mestilah difokuskan kepada proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan
prinsip, kaedah dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aplikasi web yang digunakan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk
menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian
konsep aplikasi yang diterapkan dalam teknologi web membolehkan tujuan sesuatu
pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Oleh yang demikian, bagi melaksanakan pembelajaran abad ke21, teknologi
web seperti penggunaan aplikasi Kahoot boleh diterapkan di dalam bilik darjah
bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Teknologi web merupakan satu revolusi
kepada penggunaan internet dan web yang mempunyai ciri perkongsian maklumat,
mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di world wide web (www). Laman web membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama antara
satu sama lain atau dalam erti kata lain media sosial. Aplikasi seperti Kahoot
ini adalah seperti game tetapi lebih kepada pembelajaran. Selain menggunakan
kertas untuk membuat quiz kepada murid, saya boleh menggunakan aplikasi seperti
kahoot untuk menilai prestasi pelajar disamping menerapkan suasana pembelajaran
yang aktif dan ceria.
Paparan utama aplikasi Kahoot! |
Cara penggunaan aplikasi Kahoot ini mudah sahaja. Saya hanya perlu ke https://kahoot.com/ untuk membuat akaun terlebih dahulu. Saya boleh mencipta soalan -soalan
berdasarkan silibus murid dan menyimpan segala set-set soalan yang pernah
dibuat didalam akaun saya. Bagi guru yang ketandusan idea untuk membina soalan,
mereka boleh mendapatkan soalan daripada bank soalan yang terdapat didalam
aplikasi Kahoot ini. Saya juga boleh memasukkan gambar atau video untuk menarik
minat pelajar untuk menjawab soalan yang ada. Selepas soalan sudah selesai
dibuat, saya akan memaparkan soalan pada layar skrin dan setiap murid harus
membawa telefon masing-masing dan memasukkan pin game Kahoot untuk menyertai
kuiz tersebut.
Pin game Kahoot! |
Pelajar tekun menjawab soalan Kahoot! |
Seterusnya,
secara tidak langsung perkara ini akan menjadikan murid lebih fokus dalam
menjawab soalan kerana aplikasi ini memerlukan murid mengutamakan soalan yang
hanya terdapat pada paparan skrin utama di hadapan kelas. Murid akan berasa
lebih seonok dan menaikkan sifat kompetitif dalam diri pelajar untuk menjadi
pemenang didalam game Kahoot ini. Hal ini dapat membantu dalam perkembangan
proses berfikir dalam masa yang singkat untuk menjawab sesuatu soalan.
Setelah murid selsesai menjawab
soalan, keputusan murid akan direkodkan didalam akaun dan saya dapat menilai
setiap pencapaian keseluruhan pelajar. Rekod pencapaian pelajar ini tidak akan
hilang dan dapat menyimpan sebanyak mana yang diperlukan. Melalui rekod pelajar
ini, saya dapat mengenalpasti soalan-soalan yang sukar dan mudah untuk pelajar
bagi memperbaiki cara pengajaran saya di dalam kelas.
Laporan pencapaian murid dalam format Excel. |
Pada akhir waktu kelas, saya telah membuat sedikit maklum balas mengenai penggunaan Kahoot! ini bersama pelajar. 100% pelajar memberikan komen yang positif dan menyarankan saya menggunakan aplikasi ini dengan lebih kerap supaya merea tidak mengantuk di dalam kelas. Ada juga pelajar yang menyatakan bahawa mereka menjadi lebih celik dengan jawapan yang perlu ditulis pada waktu peperiksaan nanti berdasarkan soalan dalam aplikasi Kahoot! Ini kerana mereka belum biasa dengan tahap soalan dan juga teknik menjawab soalan peperiksaan.
Akhir kata, saya sangat menggalakkan guru-guru seluruh Malaysia menggunakan teknologi Kahoot dalam kelas untuk menguji tahap penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang. Ianya bukan sahaja mudah untuk guru, malah menyeronokkan bagi semua pelajar kerana ianya berbentuk permainan. Dengan laporan yang disediakan oleh aplikasi ini, guru boleh mengenalpasti bidang yang memerlukan perhatian yang lebih dalam pengajaran seterusnya.
Selamat Mencuba!
No comments:
Post a Comment